Tuesday, 1 November 2011

Ujian Undang-undang Komputer JPJ

Kertas ujian terbahagi kepada 3 Bahagian :
Bahagian A : Panduan Peraturan Jalan Raya (15 soalan)
Bahagian B : Kemahiran & Etika Memandu (25 soalan)
Bahagian C : Undang-undang & Kesalahan Pemandu (10 soalan)

Markah lulus adalah 42/50. Untuk mendapat target lulus (minimum 42) itu bermakna anda boleh buat 8 kesalahan sahaja.

Berikut adalah pembahagian target untuk lulus :
Bahagian A : senang. Target untuk BETUL SEMUA (15/15)
Bahagian ini berkenaan dengan tanda-tanda jalanraya & maksud tanda-tanda tersebut.

Bahagian B : sederhana. Target untuk salah 4 sahaja (21/25)
Bahagian ini berkenaan dengan Pemanduan Berhemat untuk elak kemalangan.

Bahagian C : susah. Target untuk salah 4 sahaja (6/10)
Bahagian ini berkenaan dengan jenis & kelayakan lesen, Akta Pengangkutan Jalan & sistem KEJARA.

Maka anda akan dapat mencapai target 42 untuk markah LULUS.

Banyakkan membaca buku latihan ujian Undang-undang & mencuba ujian. Jangan abaikan soalan akta & sistem KEJARA kerana kebanyakan yang gagal adalah kerana gagal menjawab bahagian ini.

Dapatkan buku KPP percuma di lama JPJ berikut :
http://portal.jpj.gov.my/

Click di bahagian PENERBITAN, diikuti dengan "Buku KPP (percuma)"

Baca arahan seterusnya untuk download buku tersebut.

Friday, 29 April 2011

Persekitaran Tempat Belajar & Ujian

Lokasi :
Lot 8660, Jalan Besar
Kg. Sg. Buah
43900 Dengkil
Selangor

Motosikal - Brek Kecemasan


Laman Belajar/Ujian Motosikal

Papantanda Pusat Latihan Memandu Cemerlang, Kg Sg Buah

Kereta - Jalanraya

Motosikal - Pemeriksaan Motosikal sebelum Jalanraya

Pembelajaran di dalam kelas (KPP, Teori/Amali)

Motosikal - Jalanraya

Tempat Menunggu Belajar Motosikal

Kereta - Parking

Kereta - Mendaki Bukit

Motosikal - Pusingan 8

Motosikal - Membelok Elak Cone

Motosikal - Meniti

Thursday, 28 April 2011

Asas Mendapatkan Lesen Memandu Kompeten (CDL)

Undang-undang menetapkan bahawa hanya pemegang lesen yang betul & hidup sahaja dibenarkan memandu/menunggang kenderaan. Ini dipanggil Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving Licence (CDL)). Lesen yang betul bermaksud yang kena pada kelasnya*. Contohnya lesen 'D' untuk memandu kereta dan B' untuk menunggang motor. Perlu juga ikut limit lesen tersebut. Contohnya, pemegang lesen kelas B2 tidak boleh membawa motor 500cc. Lesen yang hidup pula bermaksud yang belum tamat tempoh. 

Bagi anda yang belum mempunyai apa-apa lesen, perkara pertama ialah mendapatkan lesen L (Learner's Driving Licence (LDL)) untuk membolehkan anda belajar memandu. Setelah belajar memandu, bolehlah mendapatkan lesen P (Probation Driving Licence (PDL)). Lesen P bermaksud anda masih di dalam pemerhatian (probation) selama 2 tahun. Bila sudah melepasi 2 tahun tanpa apa-apa masalah bolehlah mendapatkan lesen penuh (CDL) secara otomatik bila memperbaharui lesen.

Kelayakan umur : 16 tahun (motor), 17 tahun (kereta)

Lesen L :
1. Mendaftar di pejabat kami dengan membawa MyKad
2. Mengikuti kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) selama 5 jam
3. Mengambil ujian undang-undang berkomputer di pejabat MyEG
4. Mengikuti kursus latihan teori dan amali selama 6 jam (untuk setiap kelas)

Lesen L (tambah kelas - bagi yang sudah ada lesen) :
1. Mendaftar di pejabat kami
2. Mengikuti kursus latihan teori dan amali selama 6 jam

Lesen P (Probation 2 tahun) :
1. Mendaftar di pejabat kami (jika belum) dengan membawa MyKad dan Lesen L berkenaan
2. Belajar memandu/menunggang selama 10 jam. Pengurangan/penambahan masa belajar bergantung kepada tahap kompeten
3. Mengambil ujian memandu JPJ

Perkhidmatan

Kami menawarkan pelbagai jenis lesen memandu seperti :


lesen L - kereta (D), motor (B2, B-Full)
Lesen P - kereta (D), motor (B2, B-Full)
Lesen GDL - B2, D, E (KEJUR)


Termasuk lain-lain perkhidmatan yang membabitkan urusan kaunter JPJ

Lokasi Belajar dan Ujian Memandu

Bagi mereka yang berdaftar dengan kami, tempat belajar dan ujian JPJ diadakan di Pusat Latihan Memandu Cemerlang, Kg Sungai Buah, Jalan Kajang-Dengkil

GPS coord : 2.898,101.7639 atau N2 53 52 E101 45 50


Pengangkutan pergi-balik disediakan


Lokasi Ujian Komputer :

Ujian Berkomputer dibuat di Pejabat MyEG Bangi beralamat seperti berikut :

MyEG Bangi
No. 45, Jalan 9/2,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Lokasi Pejabat

Pusat Latihan Memandu Seksyen 4 Tambahan
Bandar Baru Bangi


Alamat :
No 10A, Jalan 4/12A
(Fasa 4 Tambahan)
43650 Bdr Baru Bangi

Hubungi :
Tel :
012-3392934 (call/sms/whatsapp)




Landmark : bersebelahan Klinik Zalfah (24 jam) & di atas Restoran Sri Balang.

Peta :