Thursday, 28 April 2011

Asas Mendapatkan Lesen Memandu Kompeten (CDL)

Undang-undang menetapkan bahawa hanya pemegang lesen yang betul & hidup sahaja dibenarkan memandu/menunggang kenderaan. Ini dipanggil Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving Licence (CDL)). Lesen yang betul bermaksud yang kena pada kelasnya*. Contohnya lesen 'D' untuk memandu kereta dan B' untuk menunggang motor. Perlu juga ikut limit lesen tersebut. Contohnya, pemegang lesen kelas B2 tidak boleh membawa motor 500cc. Lesen yang hidup pula bermaksud yang belum tamat tempoh. 

Bagi anda yang belum mempunyai apa-apa lesen, perkara pertama ialah mendapatkan lesen L (Learner's Driving Licence (LDL)) untuk membolehkan anda belajar memandu. Setelah belajar memandu, bolehlah mendapatkan lesen P (Probation Driving Licence (PDL)). Lesen P bermaksud anda masih di dalam pemerhatian (probation) selama 2 tahun. Bila sudah melepasi 2 tahun tanpa apa-apa masalah bolehlah mendapatkan lesen penuh (CDL) secara otomatik bila memperbaharui lesen.

Kelayakan umur : 16 tahun (motor), 17 tahun (kereta)

Lesen L :
1. Mendaftar di pejabat kami dengan membawa MyKad
2. Mengikuti kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) selama 5 jam
3. Mengambil ujian undang-undang berkomputer di pejabat MyEG
4. Mengikuti kursus latihan teori dan amali selama 6 jam (untuk setiap kelas)

Lesen L (tambah kelas - bagi yang sudah ada lesen) :
1. Mendaftar di pejabat kami
2. Mengikuti kursus latihan teori dan amali selama 6 jam

Lesen P (Probation 2 tahun) :
1. Mendaftar di pejabat kami (jika belum) dengan membawa MyKad dan Lesen L berkenaan
2. Belajar memandu/menunggang selama 10 jam. Pengurangan/penambahan masa belajar bergantung kepada tahap kompeten
3. Mengambil ujian memandu JPJ

4 comments:

  1. kalau saya nak tukar tutor boleh tak sebab, saye apply salah seorang agent dari institut cermerlang dan beliau seorang yang tidak terurus dan dia telah mengakibatkan saya gagal untuk menduduki ujian komputer tahun lepas. baru sahaja saya lepas mengambil ujuan komputer tersebut, dan akan menghadiri teori 6jam. boleh tak kalau saya nak tukar?

    ReplyDelete
  2. boleh. sila hubungi no tel 012-3392934 atau sms ke 014-2338484

    ReplyDelete
  3. Sy telah menukar lesen P ke lesen CDL untuk motorsikal.Sekarang sy bercadang untuk mengambil kelas D untuk kereta.Soalan sy,adakah sy akan menggunakan P sekali lagi selama 2tahun untuk mendapatkan lesen CDL?Dan berapakah anggaran kos yg sy perlu bayar untuk kelas D?

    ReplyDelete
  4. bagaimana awak menukarkan lesen p ke cdl? maaf saya budak baru belajar

    ReplyDelete