Tuesday, 1 November 2011

Ujian Undang-undang Komputer JPJ

Kertas ujian terbahagi kepada 3 Bahagian :
Bahagian A : Panduan Peraturan Jalan Raya (15 soalan)
Bahagian B : Kemahiran & Etika Memandu (25 soalan)
Bahagian C : Undang-undang & Kesalahan Pemandu (10 soalan)

Markah lulus adalah 42/50. Untuk mendapat target lulus (minimum 42) itu bermakna anda boleh buat 8 kesalahan sahaja.

Berikut adalah pembahagian target untuk lulus :
Bahagian A : senang. Target untuk BETUL SEMUA (15/15)
Bahagian ini berkenaan dengan tanda-tanda jalanraya & maksud tanda-tanda tersebut.

Bahagian B : sederhana. Target untuk salah 4 sahaja (21/25)
Bahagian ini berkenaan dengan Pemanduan Berhemat untuk elak kemalangan.

Bahagian C : susah. Target untuk salah 4 sahaja (6/10)
Bahagian ini berkenaan dengan jenis & kelayakan lesen, Akta Pengangkutan Jalan & sistem KEJARA.

Maka anda akan dapat mencapai target 42 untuk markah LULUS.

Banyakkan membaca buku latihan ujian Undang-undang & mencuba ujian. Jangan abaikan soalan akta & sistem KEJARA kerana kebanyakan yang gagal adalah kerana gagal menjawab bahagian ini.

Dapatkan buku KPP percuma di lama JPJ berikut :
http://portal.jpj.gov.my/

Click di bahagian PENERBITAN, diikuti dengan "Buku KPP (percuma)"

Baca arahan seterusnya untuk download buku tersebut.