Tuesday, 1 November 2011

Ujian Undang-undang Komputer JPJ

Kertas ujian terbahagi kepada 3 Bahagian :
Bahagian A : Panduan Peraturan Jalan Raya (15 soalan)
Bahagian B : Kemahiran & Etika Memandu (25 soalan)
Bahagian C : Undang-undang & Kesalahan Pemandu (10 soalan)

Markah lulus adalah 42/50. Untuk mendapat target lulus (minimum 42) itu bermakna anda boleh buat 8 kesalahan sahaja.

Berikut adalah pembahagian target untuk lulus :
Bahagian A : senang. Target untuk BETUL SEMUA (15/15)
Bahagian ini berkenaan dengan tanda-tanda jalanraya & maksud tanda-tanda tersebut.

Bahagian B : sederhana. Target untuk salah 4 sahaja (21/25)
Bahagian ini berkenaan dengan Pemanduan Berhemat untuk elak kemalangan.

Bahagian C : susah. Target untuk salah 4 sahaja (6/10)
Bahagian ini berkenaan dengan jenis & kelayakan lesen, Akta Pengangkutan Jalan & sistem KEJARA.

Maka anda akan dapat mencapai target 42 untuk markah LULUS.

Banyakkan membaca buku latihan ujian Undang-undang & mencuba ujian. Jangan abaikan soalan akta & sistem KEJARA kerana kebanyakan yang gagal adalah kerana gagal menjawab bahagian ini.

Dapatkan buku KPP percuma di lama JPJ berikut :
http://portal.jpj.gov.my/

Click di bahagian PENERBITAN, diikuti dengan "Buku KPP (percuma)"

Baca arahan seterusnya untuk download buku tersebut.

15 comments:

  1. kenape bila ujian computer lesen memandu x lulus kena bayar macm ni mati lah ape pendapat anda tetang percakapan sye

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga ulangan test bayar ke myeg cuma RM27.

      bagaimanapun, jika anda ikuti tips kami di atas, sepatutnya anda boleh lulus ujian pertama kali

      Delete
  2. tak lulus ujian komputer xpe lg...yg bengang bila xlulus dgn jpj..sy dah tgk blind spot,tp trus dia pgkah...ape cer...dia yg tak tgok sy tgok blind spot dah...parak ar duit...lau mmg slh sndri xpe jgk...ni dah ikut smua....haiyooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada rezeki masing2. Kadang2 dapat pegawai JPJ yang sgt strict...

      Delete
  3. cmne sye nk wt ulangan komputer? tros pegi kt my eg ke?

    ReplyDelete
  4. jika gagal ujian blind test colour kali pertama di semasa ujian computer ada peluang kali kedua tak untuk menjawap ..

    ReplyDelete
  5. sebenarnya ujian com berapa lama?? ada kata 1jam...ada juga kata 45minit???

    ReplyDelete
  6. bru je buat ujian komputer td... lagi 2 je nak lulus...alaa lbih kurang x bleh ke encik...hadoii.. soalan akta & sistem KEJARA yg bnyak spoill sy rase...

    ReplyDelete
  7. if not pass for the third time.,kte kna buat lisan plak kn??yg lisan tu cmne eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. di selangor tiada ujian lisan. anda boleh cuba di negeri sembilan

      Delete
  8. kalau tetap jugk tk lulus..siap nak ambk lisan??
    susah ker proses nk approve?

    ReplyDelete
    Replies
    1. di selangor tiada ujian lisan. anda boleh cuba di negeri sembilan

      Delete